Apa itu SG Arrival Card?
SG Arrival Card ialah borang digital yang wajib diisi oleh semua pelawat ke Singapura sebelum tiba, termasuk yang naik private transport seperti Southkey Transport.
Bila Kena Isi?
Wajib isi dalam tempoh 3 hari sebelum masuk Singapore.
Contoh: Masuk hari Jumaat, boleh isi mulai Rabu.
Melalui Mobile App “MyICA” (iOS & Android)
- Muat turun aplikasi MyICA Mobile melalui link di atas.
- Buka aplikasi MyICA.
- Daftar atau log masuk (boleh guna tanpa akaun untuk pelawat).
- Pilih menu: “SG Arrival Card”.
- Pilih: “Foreign Visitor”.
- Isi maklumat berikut:
- Nama & nombor passport
- Warganegara
- Lokasi penginapan (Hotel, rumah saudara, atau “Same Day Return to Johor”)
- Tarikh & masa tiba
- Klik Submit.
- Screenshot pengesahan dalam aplikasi sebagai bukti.
Individual Submission















Group Submission
Jika anda merancang untuk melawat Singapura bersama keluarga atau rakan-rakan, anda boleh melantik seorang wakil sebagai ketua kumpulan untuk membuat Group Submission bagi SG Arrival Card.
Ini akan menjimatkan masa kerana semua maklumat boleh dihantar sekaligus dalam satu borang – lebih mudah, lebih cepat, lebih teratur!




Melalui Website ICA (Browser – Desktop/Phone)
Buka laman ICA melalui browser (Chrome/Safari).
Klik: “Submit SG Arrival Card (Foreign Visitor)”.
Isi semua butiran wajib:
Nama penuh (ikut passport)
Nombor passport
Warganegara
Lokasi penginapan di Singapore atau Johor (jika balik hari)
Tarikh & masa ketibaan
Alamat e-mel
Semak semua maklumat.
Klik Submit.
Ambil screenshot pengesahan — tiada email atau PDF akan dihantar.
✅ Tips:
Pastikan tiada typo dalam passport number.
Guna browser terkini (Chrome/Edge/Safari).
Tidak perlu cetak — screenshot cukup.





