9 destinasi Wajib Lawat di Johor Bahru Bersama Anak-Anak

Merancang percutian harian dari Singapura ke Johor Bahru bersama anak-anak? JB menawarkan pelbagai destinasi menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur – dari taman tema, aktiviti air hingga tempat pembelajaran interaktif.

Sebagai penyedia perkhidmatan private transport dari Singapura ke JB, Southkey Transport kerap membawa keluarga ke destinasi-destinasi ini. Jadi, kami kongsikan 9 tempat paling popular dan disukai oleh pelanggan kami!

1. LEGOLAND® Malaysia Resort 🧱🎢🌊

📍 Iskandar Puteri, Johor

LEGOLAND ialah destinasi wajib jika anda ada anak kecil.
Taman tema ini lengkap dengan permainan LEGO interaktif, taman air dan juga SEA LIFE aquarium.
Sesuai untuk seisi keluarga – dari kanak-kanak prasekolah hingga ibu ayah yang masih “budak LEGO” 😄


💡 Cadangan kami: Ambil tiket combo untuk pengalaman sehari penuh!

2. Austin Heights Water & Adventure Park 💦🧗‍♂️

📍 Mount Austin, JB

Untuk keluarga yang sukakan aktiviti fizikal dan air, ini tempat terbaik!
Taman air yang luas serta kawasan ‘adventure park’ untuk anak-anak yang lasak.


💡 Sesuai untuk: Kanak-kanak aktif & remaja.

3. Dinosaurs Alive Water Theme Park 🦕💧

📍 Atas bumbung KSL City Mall, JB

Taman air dengan tema dinosaur – sangat unik dan kids-friendly!
Sambil anak bermain air, ibu ayah boleh shopping di KSL Mall.


💡 Menarik: Kalau menginap di KSL Hotel, tiket masuk mungkin diskaun atau percuma!

4. Fanpekka Indoor Theme Park 🏰🎠

📍 AEON Tebrau City, JB

Tempat permainan indoor ala Eropah untuk anak-anak berimaginasi!
Ada rumah kayu, pasar mini, kawasan eksplorasi – sangat sesuai untuk anak kecil.


💡 Tips: Wajib pakai stokin – pastikan bawa siap-siap!

5. Zoo Johor & Taman Merdeka 🐯🌳

📍 Pusat Bandar JB

Pilihan bajet mesra keluarga.
Zoo Johor adalah antara zoo tertua di Malaysia dan masih jadi tarikan.
Lepas lawat zoo, boleh santai di Taman Merdeka – ada playground & tempat picnic.


💡 Cadangan: Lawatan pagi atau petang lebih selesa.

6. Kids Republic @ Komtar JBCC 🦕🏰

📍 Komtar JBCC, Johor Bahru

Taman permainan indoor bertema dinosaur ini memang jadi kegemaran anak-anak kecil.
Dilengkapi dengan gelongsor gergasi, kolam bola, ruang interaktif dan kawasan memanjat yang selamat untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


💡 Best untuk: Anak yang suka aktiviti fizikal dan dunia dino!
💡 Lokasi strategik: Sebaris dengan JB Sentral & CIQ, sangat mudah diakses dari Singapura.

7. Game On Theme Park @ Toppen Mall 🎮🏃‍♂️

📍 Tingkat 4, Toppen Shopping Centre

Game On ialah taman permainan indoor moden dengan 13 zon berbeza termasuk trampolin, Ninja Obstacle, Dodgeball, bola gergasi, dan Little World (kawasan permainan untuk anak kecil).
Turut ada ruang karaoke, e-sport dan mini arcade!


💡 Sesuai untuk: Anak aktif, remaja & keluarga yang suka aktiviti pelbagai.
💡 Tips: Jangan lupa bawa stokin grip, dan datang awal hujung minggu.

8. PLSC Drift Go-Kart @ AEON Dato’ Onn 🏎️✨

📍 AEON Bandar Dato’ Onn, JB

Trek go-kart drift indoor pertama di JB!
Anak-anak dan ibu bapa boleh berlumba dalam suasana selamat, bergaya neon drift seperti Fast & Furious!


💡 Minimum umur: 5 tahun ke atas boleh cuba.
💡 Tips: Pakai pakaian sukan & kasut bertutup.

9. RUD Karting @ Sutera Mall 🏁☕

📍 Tingkat 2, Sutera Mall, JB

Trek karting dalam mall yang lebih panjang dan sesuai untuk beginner hingga semi-pro.
Ada pilihan go-kart elektrik dan petrol. Trek kanak-kanak juga disediakan.
Café berdekatan untuk ibu bapa santai sambil tengok anak berlumba.


💡 Sesuai untuk: Anak yang dah besar, 6 tahun ke atas.
💡 Cadangan: Sesuai dijadikan aktiviti penutup trip seharian.

🚐 Nak Lawatan Sehari ke JB Tanpa Penat Memandu?

Dengan Southkey Transport, anda tak perlu risau tentang trafik, tol atau imigresen.
Kami sediakan private MPV selesa dengan pemandu berpengalaman – dari depan rumah anda di Singapura, terus ke destinasi JB pilihan anda.

🟢 Sesuai untuk:

  • Keluarga dengan anak kecil

  • Trip santai hujung minggu

  • Percutian sehari (day trip) dari SG ke JB

📲 Klik untuk tempah:

Scroll to Top